Kawan-kawan setia

Selasa, 12 Mei 2009

Pembuat onar digantung tugas

Selama ini mereka inilah yang disyakki membuat onar dalam negeri Perak. Mereka inilah yang dilihat beraja dimata bersultan dihati. Kekecohan yang diadakan membuatkan seluruh rakyat Perak dan kemuliaaan Sultan Perak menjadi permainan. Untuk memulihkan keadaan negeri seperti adanya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terpaksa menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin berkuat kuasa serta merta. Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing. Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi. Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Tiada ulasan: