Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Mei 2009

Pengikut setia?

Malaysia adalah pengikut setia apa saja yang ada diluar nun sana lebih-lebih lagi dari negara barat akan tiba di sini. Terbaru tiba ialah penyakit dari US selesema H1N1. Setakat hari ini sudah dilaporkan dua kes yang melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari US rabu lalu.
Setakat ini juga Malaysia sudah menjadi anggota ke 34 negara yang diserang selesema H1N1 yang telah mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematiandi seluruh dunia. Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 191 penumpang lain dengan pesawat MH091 Boeing B777-200 Penerbangan Malaysia.
Sewaktu tiba, dia dikatakan sihat tetapi mengalami demam dan sakit tekak selepas tiba di rumahnya. Dia kemudian dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh kelmarin.
Sebaik disahkan positif influenza A, dia terus dikuarantin dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Pada masa yang sama, pihak berkuasa kesihatan bertindak mengarahkan perintah kuarantin rumah terhadap lima ahli keluarganya sementara usaha mengesan 191 penumpang lain dilakukan.

Tiada ulasan: