Kawan-kawan setia

Jumaat, 8 Mei 2009

Putar belit media perdana






Seperti biasa bila berlaku kekecohan, yang menjadi mangsa ialah pembangkang, bukan saja mangsa serangan fizikal, tetapi imej. Dua-dua kena. Pihak penyerang menyalahkan yang kena serang, dan terpapar secara meluas melalui media perdana yang dicucuk hidung. Yang paling ketara kes semalam (7 May 2009), walaupun satu dunia tahu hakikat sebenarnya, media perdana ini masih dengan sikap yang sama memaparkan berita bohong dan tidak beretika. Kebanyakan warga dunia yang boleh akses internet tahu kes semalam, live melalui internet, text dan video, siapa yang media ni nak kelentong. Semua orang tahu, SuperSiva diseret keluar oleh orang yang tak dikenali atas arahan pihak berkuasa negara, semua orang tahu mikrofon meja Pakatan Rakyat dibisukan, hanya On pada mikrofon Hee sahaja. Semua orang tahu, peristiwa pelik berlaku di DUN Perak, namun media perdana di Malaysia tetap dengan sikap yang sama..
> Pembangkang tak hormat raja, demokrasi...
> Pembangkang tak hormati undang-undang...
> Pembangkang sangat biadap, memalukan...Zambry

Tiada ulasan: