Kawan-kawan setia

Ahad, 10 Mei 2009

Rileks sekejap







Minggu lepas, minggu panas dengan bermacam-macam karenah penguasa negara. Rasa kena rileks sikit, terlampau tension pun tak boleh, menganggu kesihatan. Kali ini kita tengok sekejap salah satu teknologi terbaru yang sedang hangat diperkatakan dan memang berguna kepada pemandu, pelancong dan kepada individu yang suka "travel". Tekonologi ini namanya GPS atau pun nama penuh Global Positioning System. Sebenarnya GPS sudah lama berada dipersada dunia, digunakan secara meluas sebagai strategik gajet bagi tentera. Cuma untuk orang ramai ianya baru bermula. Alat GPS boleh dibeli bermula dengan harga RM500, semakin canggih semakin mahal. Dewasa ini kebanyakan handfon ada GPS built-in. Contohnya handfon yang saya baru guna Nokia N5800. Begitu juga kenderaan-kenderaan baru kebanyakannya dilengkapi GPS.
Kebaikan GPS ialah anda tidak perlu risau mencari lokasi yang hendak dituju. Set je dalam GPS, GPS akan memandu anda terus ke tempat dituju melalui map yang dipaparkan juga arahan suara. Begitu juga jalan pulang selepas itu anda set sahaja "home" GPS akan mencari laluan paling dekat untuk balik ke rumah bersama jarak laluan dan jangkaan masa akan sepatutnya tiba. Jika anda membuat perjalanan di laluan yang anda tidak biasa, nak tanya orang susah juga, anda boleh tanya GPS dimana petrol pam terdekat, hospital terdekat, restoren terdekat samada westhern, asian atau gerai biasa.

Selamat mencuba

Tiada ulasan: