Kawan-kawan setia

Khamis, 14 Mei 2009

Gara-gara tiada power surge

Semalam Rabu 13 May, hujan turun dengan lebat beserta angin ribut dan petir yang kuat. Tak sempat tiba dirumah, tersangkut di Kompleks PKNS Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Bila reda sedikit baru bergegas balik ke rumah. Sampai di rumah terpijak penutup "Splitter streamyx", tanya anak siapa main splitter ni. Salah seorang anak memberitahu masa hujan lebat tadi petir telah masuk sampai ke dalam rumah. Saya pergi check splitter tersebut mendapati hangus rentong, check telefon tak befungsi lagi. Modem streamyx, power ada tetapi lain-lain lampu terus padam. Chek UPS, pun tak berfungsi lagi, check LCD monitor juga tak berfungsi lagi. Saya dapati semua peralatan letronik yang tidak di cabut dari plug semasa petir habis semua rosak. Saya putus hubungan dengan internet. Saya cuba guna gprs celcom prepaid yang saya ada kredit lebih RM50 lagi, rasanya pakai tak sampai 1 jam kredit langsai. Itu pun akses ke internet sangan perlahan dan menyakitkan hati. Walaupun sudah membuat laporan kepada pihak TM, cuma talian telefon sahaja yang dapat dipulihkan, streamyx masih belum dapat digunakan lagi. Kebetulan malam ini anak yang belajar di Politek Port Dickson balik, saya pinjam Celcom Broadband dan dapatlah tulis sikit-sikit...

Tiada ulasan: