Kawan-kawan setia

Jumaat, 29 Mei 2009

Siapa Aminah di mata media perdana?

Kita hairan (walaupun sebenarnya sudah maklum perangai media perdana ni), saban hari mempromosi calon bebas Aminah. Bagi media perdana beliau umpama diva bilamana berita berkenaan Aminah muncul di setiap hari dan sering mendapat keutamaan. Walaubagaimanapun tuduhan basi beliau kerap diulangtayang yang menyebabkan rakyat semakin meluat. Beliau TIADA AGENDA RAKYAT sebaliknya dipenuhi dengan hentaman terhadap PKR. Untuk apa? adakah dalam PRK ini untuk memilih siapa kuat menghentam?, tidak rakyat akan memilih siapa yang bakal mewakili mereka menguruskan sebuah negeri supaya kepentingan rakyat terjaga.
Aminah sejak 13 Mei lalu mendakwa dikunjungi dua ahli PKR di rumahnya di Jelutong dan ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Ahad ini dan menyertai semula parti itu.
Beliau juga ditawarkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan gantirugi sebanyak RM88,000 termasuk deposit bertanding DUN di Penanti.
Katanya, beliau juga mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai 'peristiwa' di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada tahun 2007.
Siapa Aminah untuk ditawarkan begitu banyak tawaran?, penting ke dia ni bagi Pakatan Rakyat?, jatuhkah sebuah kerajaan jika dia tidak ditawarkan apa-apa?....

Tiada ulasan: