Kawan-kawan setia

Selasa, 12 Mei 2009

Super Siva masih Speaker negeri Perak yang sah

Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi antaranya mengantung tugas 2 lagi pegawai kanan keajaan negeri selepas menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal yang berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam. Pagi ini MB dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi. Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.
Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah. R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah. Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

Tiada ulasan: