Kawan-kawan setia

Jumaat, 22 Mei 2009

Teralu menghimpit gerakan politik, jenayah yang bermaharajalela

Tindakan pihak keselamatan terlalu menekan gerakan politik menyebabkan siri jenayah semakin berkembang kerana pihak keselamatan telah hilang tumpuan bila ada saja kerahan anggota terhadap perhimpunan politik. Semalam enam belas individu termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, ditahan polis di luar pusat khidmatnya pada kira-kira jam 8.45 malam tadi kerana didakwa mengadakan perhimpunan haram. Mereka yang ditahan, telah dibawa ke balai polis Pandan Indah. Mereka ditahan selepas 10 saat polis memberi amaran supaya mereka bersurai. Ketua polis daerah Abdul Jalil Hassan memberitahu pemberita bahawa mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit. Alasan perhimpunan tanpa permit menjadi senjata paling ampuh bagi pihak keselamatan untuk menahan gerakan politik demokrasi di Malaysia. Yang menjadi tandatanya bila masa pihak keselamatan mudah dalam memberi permit kepada gerakan politik lain dari BN?. Jadi susah, minta tak dapat, tak minta akan ditahan kerana tiada permit. Dalam kejadian semalam Jenice mendakwa sebenarnya beliau mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut tetapi menurut polis pula permohonan permit itu tidak diluluskan. Atau sebenarnya memang benar Janice ada permit tetapi atas arahan ghaib permit dibatalkan. Kejadian seperti ini juga berlaku terhadap majlis ulangtahun PKR di Tasik Putri Rawang. Majlis yang telah dirancang rapi tersebut diberikan permit oleh polis malangnya disaat akhir permit tersebut dibatalkan bila ada kuasa ghaib memberi perintah. Ia menyebabkan penganjur kerugian melebihi RM15,000. Jadi tak tahulah bila polis kita boleh dan akan bersikap professional jika terlalu dikongkong oleh tangan ghaib ini. Kita menyanjung pihak Polis biarpun selalu di kecewakan kerana kita masih mengharapkan polis berlaku adil dan profesional. Polis adalah harapan kita dalam menjaga keselamatan, kalau tidak polis siapa lagi...

Tiada ulasan: