Kawan-kawan setia

Ahad, 10 Mei 2009

Terima kasih kepada yang berbudi bukan kepada pencuri..

Kerajaan tidak mengharapkan atau menagih ucapan terima kasih daripada pemimpin pertubuhan haram Hindraf P. Utahayakumar yang dibebaskan semalam dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. “Memang kita tak mengharapkan dia berterima kasih, kita pun tahu dia degil, mengoyakkan bajunya sebelum dibebaskan, dan fitnah macam-macam,” katanya sebagai mengulas kenyataan Uthayakumar yang tidak akan berterima kasih kepada kerajaan yang membebaskannya. “Saya nak ingatkan dia bahawa dia kini adalah rakyat biasa, bebas dari ISA tidak bermakna dia ada imuniti kepada undang-undang lain,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan. Hishammuddin berkata segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Uthayakumar akan dibuktikan serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap Uthayakumar sekiranya melanggar undang-undang sepertimana yang dilakukan orang biasa lain, “ katanya. (Utusan Malaysia)
Seramai 13 tahanan ISA yang ditahan sejak Dis 2007 dibebaskan semalam bermakna hampir 2 tahun usia mereka dicuri oleh pihak berkuasa, perlukah berterima kasih...pakar kebudayaan kena jawab.

Tiada ulasan: