Kawan-kawan setia

Selasa, 26 Mei 2009

Tiada insaf bagimu

Jiran-jiran dah banyak bagi amaran pada pakcik ni, "pakcik dah tua, hari tu pun dah sambut harijadi ke 65 tahun. dah 5 kali masuk ICU, udah-udah lah tu, ikut arahan doktor, ubah perangai..., perangai lama tu orang ramai tak suka..." Pak cik ni memang jenis degil, "tak ngape, pakcik dah dapat ubat kuat baru, impot dari Pekan, jadi tak ada hal lah buat keje lama pun.." Jadi jiran-jiran nak kata apa lagi "ye la pakcik.." Maka pak ciktu pun teruslah buat perangai lama yang telah maklum oleh semua orang kerana perangai dan tabiat tu lah dia dibenci dan ditolak dalam pemilihan umum baru ni dan pemilihan kecil-kecilan dah 4 kali. Sekarang dah mula balik perangai dan tabiat lama, tangkap orang tu tangkap orang ni, guna tv tu guna tv ni, rampas hak orang bagi menantu sendiri...bla, bla bla. Nanti kat Manik Urai nanti tabur lagi seribu janji, kat Penanti tak minat, tak kik, kat Manik Urai ni baru tabur mee segera, jalan segera, jembatan segera,...dan macam-macam segera..

Tiada ulasan: