Kawan-kawan setia

Jumaat, 22 Mei 2009

Wajib mendaftar penulis blog - langkah ke belakang

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata cadangan penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan. Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan itu selepas melawat Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Khamis.Dr Rais berkata kerajaan juga sedang meneliti akta baru iaitu Akta Tandatangan Multimedia yang diproses sejak tiga tahun lepas, yang akan meneguhkan lagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Sementara itu, Dr Rais berkata beliau mahu para pegawai kementerian meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang internet termasuk blog, sesuai dengan peredaran zaman.Katanya jika beliau yang telah merentas zaman di bawah lima Perdana Menteri mampu mempelajari perkara-perkara baru menerusi internet apatah lagi para pegawai kementerian.Beliau berkata Pegawai Penerangan juga perlu mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat kerajaan melalui saluran tidak formal seperti berinteraksi dengan masyarakat di kedai kopi, gerai dan pasar."Penyampaian maklumat secara kurang formal tetapi secara langsung dijangka lebih berkesan," katanya.

Tiada ulasan: