Kawan-kawan setia

Ahad, 7 Jun 2009

Berapa anggaran kos minima satu famili dari Bangi ke Langkawi?

Kos yang saya anggarkan ini melalui darat pandu sendiri dari Bangi ke Kuala Perlis (Saya tak pernah datang ke Langkawi melalui udara). Dari Kuala Perlis naik feri ke jeti Kuah dan menginap di hotel 2 bintang atau 3 bintang. Sewa van Nissan C20 sahaja. Kalau sewa MPV Innova RM300 sehari. Kos ini tak termasuk membeli-belah dan tiket untuk memasuki tempat-tempat tertentu seperti Water World (RM28 seorang, Makam mahsuri (RM5 seorang) dan lain-lain.
Makam Mahsuri kos tiket RM5 seorang, datang begini jauh tak kan tak mahu masuk

Dari jeti Kuah berduyun-duyun perayu sewa kenderaan mengerumuni, jadi tak jadi masaalah untuk mendapatkan knderaa pandu sendiri. Kos sewa antara RM150 hingga RM300 sehari bagi musim perayaan dan murah sedikit sewaktu hari biasa


Kalau sesiapa yang tak biasa dengan kereta tanpa Power stering jangan sewa Van C20 Vannete, nanti tangan terseliuh memulas stering yang berat.



Ini anggaran sahaja kos pergi dan balik:

> Petrol sampai Kuala Perlis (RM150)
> Tol sampai ke Alor Setar (RM100)
> Ferri (7 orang) (RM280)
> Penginapan 2 hari 2bilik (RM600)
> Sewa Van C20 Vannete (RM300)
> Makan (7 orang) (RM600)
= RM1830.00

Tiada ulasan: