Kawan-kawan setia

Rabu, 3 Jun 2009

DS Samy pun geram dengan akhbar UM

Selama ini Pakatan Rakyat memang angin satu badan dengan cara pemberitaan UM yang tak tepat, kuat mengampu dan berat sebelah, kini angin itu sudah berjangkit kepada rakan kongsi UMNO sendiri. Malaysia kini hari ini melaporkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menggesa supaya penulis artikel dalam Utusan Malaysia didakwa mengikut akta hasutan kerana berunsur perkauman sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar milik Umno tersebut. Beliau mengutuk penulis tersebut kerana secara tidak langsung telah merujuk kepada kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "kaum pendatang". Beliau juga menyifatkannya sebagai sesuatu yang menjijikkan. Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MIC itu berkata, penulis Utusan itu yang menggunakan nama Awang Selamat "mesti dan sepatutnya didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan".

1 ulasan:

al-brangi berkata...

ni gambar Samy ke gambar anak dia. Tak nampak tua lah Samy ni