Kawan-kawan setia

Sabtu, 6 Jun 2009

IT PAS canggih atas keupayaan sendiri

Lujnah ICT PAS Pusat menyediakan seramai 60 orang petugas IT dari seluruh negara, sepanjang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 55 yang berlangsung sekarang ini. Ketua Unit IT Muktamar PAS, Abdul Rahman memberitahu, pihaknya menyediakan perkhidmatan liputan secara langsung sepanjang muktamar menerusi laman web webtv.pas.org.my.
Katanya, petugas-petugas IT juga membuat rakaman penuh perbahasan sepanjang Muktamar PAS Pusat, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat. Menurut beliau, petugas IT juga mengemaskinikan web muktamar55.pas.org.my, merakam imej, gambar- sepanjang muktamar dan memaparkannya di web muktamar. "Kita juga menyediakan multimedia presentation, content management (text, imej, audio, video) di skrin besar 12' x 60' sepanjang muktamar (dengan multimedia backdrop) dan menyediakan kaunter khidmat penerangan IT seperti semakan daftar pemilih serta kaunter kad ahli. (Harakah)

Tiada ulasan: