Kawan-kawan setia

Sabtu, 27 Jun 2009

Jom kempen menangkan saudara Fauzi

Calon PAS mestilah seorang individu yang dekat dengan rakyat. Orang yang saban hari bersama rakyat, maklum sangat segala susah jerih kehidupan rakyat. Kerana itu pimpinan PAS telah memilih seorang individu PAS yang sangat komited terhadap perjuangan juga seorang yang sangat dekat dengan rakyat. Beliau ialah Bendahari PAS Kuala Krai saudara Fauzi Abdullah telah dipilih sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada malam tadi. Fauzi adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Tiada ulasan: