Kawan-kawan setia

Ahad, 14 Jun 2009

Lorong Motosikal

Negeri Kedah dan Perak merupakan antara negeri yang perihatin terhadap motoris termasuk Lebuhraya Persekutuan antara Klang dan KL. Malaysia mempunyai pemilik dan penunggang motosikal yang ramai jadi sikap perihatin terhadap motoris ini sepatutnya dikembangkan di seluruh negara. Ia akan mengurangkan risiko tinggi kemalangan motosikal dijalanraya. Mengikut statistik kemalangan kenderaan berinjin di Malaysia penunggang dan pembonceng adalah paling tinggi berbanding kenderaan lain. Jadi serentak dengan projek PM 1Malaysia kenalah tengok-tengok kat kami penunggang motosikal dengan langkah pertama mewujudkan lorong motosikal keseluruh Malaysia. Kalau boleh adakan juga pondok atau bumbung tempat berkenti dari hujan bagi mengelakkan penunggang berhenti bawah jambatan yang dikenalpasti sangat merbahaya.
(dipost dari Kg Air Taling, Dangi, Johol, Negeri Sembilan gunakan Celcom Broadband)

Tiada ulasan: