Kawan-kawan setia

Jumaat, 26 Jun 2009

Mencuri harta intelek

Biasa kita dengan pencuri mencuri harta dalam bentuk wang ringgit dan barangan milik orang lain. Namun di Kajang seorang suri rumah lain cara mencurinya. Mencuri software lagu karoeke dan menyimpan dalam bentuk letronik gadjet dan dijual kepada orang ramai dengan harga yang tinggi. Saspek dari kajang ini berusia 41 tahun dikesan membawa masuk peralatan karaoke termoden yang dipercayai diimport dari China sebelum memuatkannya dengan lagu dan dijual kepada pengusaha pusat ‘karaoke berbentuk jamban’ sekitar daerah ini. Suspek yang juga pemilik sebuah kedai elektrik dikesan menjual setiap mesin karaoke terbabit kepada pengusaha karaoke jamban dengan harga serendah RM2,900 setiap unit tanpa perlu membayar royalti kepada syarikat rakaman. (wow lumayan ooi...). Ketua Penguatkuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor (KPDNKK), Ahmad Md Isa, berkata kegiatan mencuri lagu untuk dimuatkan dalam mesin karaoke itu dikesan selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung sebuah premis yang menjual mesin berkenaan..“Tindakan diambil selepas RIM membuat aduan sebelum pemeriksaan dilakukan di sebuah kedai menjual beberapa peralatan elektrik di pusat beli-belah Bangi Utama, Bandar Baru Bangi di sini.“Hasil risikan sebelum ini mendapati kedai terbabit menjual mesin karaoke berkomputer yang ditawarkan dengan harga RM2,900 seunit yang boleh memuatkan sehingga 20,000 lagu,” katanya.

Tiada ulasan: