Kawan-kawan setia

Isnin, 22 Jun 2009

Pakatan Rakyat tetap kukuh

UBN akan terus kecewa seandainya mengharapkan talian hayat dari isu UG@KP. Pemimpin PR tetap berpegang kepada kesatuan dan perpaduan dalam PR yang makin mantap lagi kukuh. PAS sudah matang dengan sepak terajang UBN. Lihat sahaja komen tentang sambutan muhibbah TGNA dengan lawatan rasmi LKY. Kata BN mereka pelik dengan pandangan keras TGNA dengan usaha Kerajaan Perpaduan antara PAS dan BN bila dalam masa yang sama menerima kunjungan orang luar dengan mesra sekali. Sampai ke situ pemikiran terdesak mereka. Mereka lupakah PAS pernah bersama BN dan masih fobia dengan sikap BN terhadap PAS dahulu, sedangkan yang datang berjumpa TGNA adalah seorang pemimpin tertinggi negara jiran sebagai tetamu. tentulah layanannya berbeza. Walau apa pun, InsyaAllah, Manek Urai akan meneruskan momentum menolak UBN seterusnya PR menguasai parlimen pada PRU akan datang.

Tiada ulasan: