Kawan-kawan setia

Sabtu, 27 Jun 2009

Terharu...


Serentak dengan pengisytiharan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ramai yang dilihat terharu hingga terkeluar air mata kesyukuran dengan kurniaan Ilahi terhadap perjuangan PAS kini. Semoga PAS tidak over konfiden, terus membela rakyat dan dalam masa yang sama hidari rasa takabbur, besar diri dengan pencapaian sekarang.

Mungkin rakyat rasa terharu kerana:
> Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz sendiri yang turut dihadiri oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan wakil DAP seorang pemimpin veteran, yang selama ini lantang menentang PAS tetapi kini duduk semeja dan menyokong perjuangan PAS melalui Pakatan Rakyat, saudara Lim Kit Siang.

> Melihat kepimpinan tertinggi datang bersama sekali gus menolak isu perpecahan dalam PAS, percanggahan antara Presiden dan Mursyidul Am hanya menjadi debu yang ditiup angin. Rakyat kini yakin untuk terus bersama dan menyokong perjuangan seterusnya PAS dan Pakatan Rakyat.

> Calon PAS Fauzi adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan yang sangat rapat dengan rakyat. Selain jawatan bendahari, beliau juga sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil. Memilih calon yang rapat dengan rakyat sangat penting bagi DUN Manek Urai.Manek Urai tidak mahu wakil mereka yang jenis timbul bermusim, hanya waktu pilihan raya, kemudian lesap, pilihanraya timbul lagi, bila menang lesap lagi.

> Perpduan ikhlas dalam PR, tidak mementingkan kumpulan kaum sendiri bersama meneruskan agenda rakyat. Masa dulu rakyat Manek Urai tidak pernah membayangkan rakyat berbagai kaum akan menyokong dan bersama PAS seperti hari ini, bahkan orang Melayu sendiri menolak PAS, apalagi bangsa lain dari Melayu iaitu Cina dan India. Kini yang mustahil itu terpampang menjadi realiti didepan mata...syukur kepada Mu ya Allah. Tak tahan nak menangis tengok bukan Islam, bukan Melayu memakai T-Shirt logo PAS.

1 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

aku copy n save gambar tu