Kawan-kawan setia

Selasa, 23 Jun 2009

UBN kempunan lagi

Kenapa ahli PR lebih-lebih lagi ahli PAS rileks semacam walaupun Media Perdana tajaan UBN bertungkus-lumus mempopularkan Pakatan Rakyat berpecah, PAS pulak telah berpecah dua. Lebih hebat lagi laporan media menyebut perpecahan PAS kali ini lebih hebat dari perpecahan zaman AlMarhum Datuk Asri. Namun disebalik kekecehohan media ini ahli PAS macam tak ada apa-apa. Cuma yang heboh sikit ialah mereka yang berada atas pagar atau yang mengendeng di tangga PAS. Berita terkini menjawab segalanya bila Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara. Antara kenyataan penuh TGNA "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair. "Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan. "Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Tiada ulasan: