Kawan-kawan setia

Jumaat, 17 Julai 2009

Apa cerita ni?..

Berita dipetik dari Harakahdaily dengan tajuk Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa dalam tahanan SPRM. Bunyinya mengejutkan, apa cerita ni sehingga Setpol Exco Selangor, Teo Beng Hock terbunuh dimana dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Hai,..senangnya jatuh, dia pakai kasut licin ke?, atau saja main-main kat beranda, lompat-lompat katak tepi beranda lalu terjatuh.. Tak lojik. Berita mengejutkan dan luar biasa. Menurut Mahfuz kes ini memberi kesan buruk kepada keyakinan masyarakat akan keselamatan pihak saksi yang ditahan oleh SPRM kerana mereka seharusnya dijaga dari segi keselamatan ketika berada di bawah tahanan SPRM. Lagipun peristiwa mati dalam tahanan sebelum ini banyak berlaku tetapi membabitkan dalam tahanan polis, namun kali ini lebih mengejutkan ia berlaku di SPRM. Justeru, beliau mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan suruhanjaya bebas ditubuhkan.

Yang peliknya...
Sewaktu ditemui, mendiang berpakaian lengkap, berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih, kemas dan tidak menunjukkan situasi orang yang kecewa, tertekan, ketakutan, suka main teng-teng tepi beranda...

Lagipun cerita dari Peguam M Manoharan yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam menyebut, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan. Dia nampak gembira dan tenang. Beliau juga bakal nerkahwin dalam waktu terdekat. Tak lojik dan belum berlaku bakal pengantin yang tengah ghairah menunggu hari perkahwinan tiba-tiba bertindak sebaliknya..

Wakil rakyat Pakatan Selangor termasuk bos mendiang Teo disiasat atas alasan masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing tetapi SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna. Waduh Betapa cepat SPRM bertindak terhadap kerajaan PR, namun jika laporan dibuat terhadap kerajaan BN, buat tak nampak sahaja...apa cerita ni?

Tiada ulasan: