Kawan-kawan setia

Selasa, 7 Julai 2009

Demokrasi atau Demo Keras Sih

Ramai dikalangan para penduduk dan rakyat di kawasan pilihanraya kecil DUN Manek Urai terkejut dengan tindakan pihak polis membawa "kereta perisai" semata-mata untuk memantau proses penamaan calon pilihanraya kawasan itu pagi tadi. Malah ada dikalangan mereka melaungkan perkataan "Nyah kau polis !! Ini bukan kawasan peperangan !!". Mereka hairan dengan tindakan polis itu, yang jelas sekali telah menakut-nakut rakyat dan penduduk setempat. Bahkan, selain daripada kehadiran beberapa buah kereta perisai turut dilihat ialah deretan lori FRU bersama anggotanya yang berkawal seolah-olah akan berlaku peperangan. Malah, tindakan pihak polis yang menggunakan "kawat berduri" kononnya bagi menghalang penyokong kedua-dua belah pihak membuat kacau ganggu terhadap polis, jelas merupakan satu lagi kedangkalan yang amat nyata. Pihak polis yang memberi arahan itu sememangnya telah membuat satu kesilapan yang tidak sepatutnya. Proses penamaan calon sebenarnya adalah aktiviti biasa yang berlaku dalam setiap kali pilihanraya. Belum pernah terjadinya rusuhan semasa proses itu berjalan. Kebanyakkan yang terjadi hanyalah "provokasi" yang dilakukan secara "terancang" oleh pihak polis sendiri, yang mahu memberi imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat. (Extrak PDO)

Tiada ulasan: