Kawan-kawan setia

Isnin, 20 Julai 2009

Facebook, berhati-hati

Laman sosial Facebook semakin popular, hinggakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka. Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian. Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu. Facebook telah berjaya mengenepikan popularity friendstar dan lain-lain laman web seosial yang popular sebelum ini. Berapa lama Facebook dapat bertahan bergantung kepada berapa kuat pengaruh facebook terhadap dunia sosial. Secara peribadi saya tidak suka facebook, selain mencuri maklumat, facebook melelong maklumat kita kepada orang lain. Cara facebook mengembangkan keahlian sangat bijak dan licik. Bermula satu e-mail ia akan merangkaikan setiap e-mail yang ada dalam mailbox kita. Dari mailbox ke mailbox facebook akan mengembang sehingga tiada hadnya. Dari itu selain jadi menjadi ahli dan berbicara secara santai sahaja, jangan sekali-kali berbicara sesuatu yang rahsia dan penting kepada keselamatan diri dan negara sebab bila sudah terakan dalam facebook ia buka rahsia lagi...

Tiada ulasan: