Kawan-kawan setia

Jumaat, 10 Julai 2009

H1N1 Peningkatan jangkitan berterusan - berwaspada

Laporan Malaysiakini menyebut Wabak influenza A (H1N1) kini semakin serius menyebabkan kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik untuk membendung pandemik ini daripada terus menular. Wabak jenis ini boleh menbawa kepada kematian, jadi antara langkah proaktif ialah "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan. Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya dimana terdapat 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan positif. Puncanya kemungkinan syarikat berkenaan kerap menerima pelawat-pelawat dari luar negara. Dalam kenyataan hariannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata 61 kes lagi jangkitan virus wabak selesema itu dikesan, menjadikan jumlah semuanya 574 sejak pertama dikesan Mei lalu dan jangkitan tempatan sahaja meningkat kepada 159 kes. Semalam sahaja kementerian mendedahkan perkembangan gejala seakan-akan influenza di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka yang melibatkan 50 orang pelatih dan enam disahkan positif influenza A (H1N1).

Tiada ulasan: