Kawan-kawan setia

Isnin, 13 Julai 2009

Janji melangit, tradisi janji, janji palsu

Seperti setiap datangnya pilihanraya, maka datanglah UBN membawa janji setinggi langit. Jika tuan-puan pilih kami, kami akan dirikan mahligai emas, pihak lawan dia boleh bagi apa...kami wang banyak berbilion-bilion. (Walaupun sebenarnya wang tersebut hak tuan-tuan yang diamanahkan kepada kami, yang kami kutip dari berbagai cukai). Di manek Urai 12 Julai lalu, UBN yang diwakii oleh jurucakapnya seorang Tan Sri bernama Muhyiddin berkata, Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan. (Wow, dari desa terpencil, yang serba kekurangan walaupun kemudahan asas, dijanjikan akan dijadikan kota, seolah-oalh Sultan Melaka berjanji kepada seorang Putri disebuah gunung, kalau tuan hamba memilih beta, beta akan jadikan ambatan emas dari Melaka hingga ke gunung ini). Begitulah janji tradisi yang diwarisi turun temurun oleh pemimpin UBN, duit...pembangunan...kemajuan...akan disegerakan oleh UBN termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.
Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini. (Hei wang tu wang rakyat dari berbagai cukai yang dikenakan,..apa barang menggunakan wang yang dikutip dari kami untuk menunaikan janji UBN). Ia sebahagian daripada janji dalam kempen pilihan raya - kononnya Rakyat Didahulukan, Manek Urai diutamakan, malah Muhyiddin sebelum ini menegaskan Manek Urai akan diberi perhatian sebagai anak emas Kerajaan Pusat.

Ucapan angkuh Muhyidin ini terhadap TGNA: “Nik Aziz seorang pemimpin yang cakap tidak serupa bikin, dia kata membangun bersama Islam tetapi hakikatnya dia langsung tidak membangunkan negeri hampir 20 tahun memerintah. “Doa sahaja Allah tidak akan menjadikan masjid atau jambatan. Sepanjang masa ini BN membina 564 buah masjid, tidak termasuk jalan raya atau bangunan lain. Sekarang saya nak tanya, siapa yang membangun bersama Islam, Pas atau BN?,”

1 ulasan:

al-brangi berkata...

soalan dari orang kurang cerdik