Kawan-kawan setia

Isnin, 6 Julai 2009

Keruntuhan jiwa yang semakin kronik

Ini kisah pelik dan memalukan berlaku di KUALA TERENGGANU, Darul Iman. Cerita mengenai keresahan penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih di sini yang dilanda kehairanan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ dan berbau di depan pintu-pintu rumah mereka. Sepandai-pandai tupai melompat kadangkali terjatuh juga ke tanah, begitu juga dengan misteri air pelik ini ianya terjawab selepas penduduk memberkas seorang pemuda berusia 22 tahun yang mempunyai hobi ganjil iaitu suka melakukan onani bila nampak perempuan dan melepaskanya di depan pintu rumah wanita yang diekorinya. Seorang penduduk yang terlibat antara mereka yang menahan pemuda tersebut jam 9 malam selepas hampir dua bulan melakukan intipan. Dihari ditahan, pemuda itu dilihat mengekori dua wanita dan apabila mereka masuk ke dalam rumah, dia berdiri di depan pintu lalu melepaskan nafsunya. Inilah akibat terlalu terdedah kepada bahan lucah, video buku dan artikel yang mudah didapati di gerai-gerai pasar malam, kedai-kedai buku, dalam internet samada dengan muat turun atau streaming. Bahan lucah di internet memang sukar dikawal, tetapi di pasar-pasar malam dvd lucah dijual tanpa segan silu dan langsung tidak dipantau oleh pihak berwajib. Yang menjadi mangsa dan rosak akibat dari bahan-bahan ini adalah anak-anak kita, adik-beradik dan saudara mara kita...sedih ..sedih

Tiada ulasan: