Kawan-kawan setia

Rabu, 22 Julai 2009

Madah Datuk Rosol Wahid

Sata tertarik dengan madah berhelah Datuk Rosol Wahid Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil yang dipetik oleh Bulletin Online dari blognya, ketika mengulas isu kekalahan UBN berturut-turut ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kena pulak najis ayam... Beliau yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu berkata taburan janji dan projek segera tidak lagi mampu untuk menarik pengundi.”BN masih tidak mampu untuk menang, tidak mampu untuk menarik pengundi, ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, UBN sudah kalah 5-0. Beliau turut menolak pandangan pemimpin UMNO yang mengatakan kemenangan tipis calon PAS, seolah-seolah BN telah menang. Beliau seterusnya bermadah sinis, adakah BN terlalu parah ketika ini sehingga lawan ‘Tok Peraih Ikan’ pun kalah!. Mungkinkah ‘brand’ BN tidak popular dan tidak laku lagi masakini. Oleh itu perlu di lakukakan ‘Rebranding’.”maknanya kalau brand UBN telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang UBN lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif. Ibratnya "Kalau pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik".

Tiada ulasan: