Kawan-kawan setia

Sabtu, 4 Julai 2009

Majlis makan malam MTD Lenggeng

Pada hari Isnin 22 Jun lalu kami dari PASBANGI Seksyen 3 telah hadir ke majlis makan malam anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Lenggeng yang dianjurkan untuk mengutip dana bagi membeli bangunan Markas PAS Lenggeng. Kelihatan turut hadir dalam majlis tersebut Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Speaker Negeri Perak, V.Sivakumar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani, Yang Dipertua PAS Kawasan Tampin, Zakaria Khalim, Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol, Abdul Raihan Ramli dan lain-lain pemimpin Pakatan yang saya tidak kenal. Sekalong tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Sembilan, saudara Zulkefly Mohd Omar diatas kejayaannya menganjurkan majlis makan malam tersebut. Dari catatan YB Mohd Taufik dalam blognya menganggarkan lebih dari seribu orang menghadiri majlis makan malam ini termasuk kaum Cina dan India.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

BBB3 bila pulok?

pasbangi berkata...

Ni kena bentuk komiti dulu...