Kawan-kawan setia

Selasa, 14 Julai 2009

Manek Urai - masih menunggu keputusan rasmi

Sehingga jam 8 malam keputusan rasmi PRK Manek Urai belum dapat di isytiharkan kerana terpaksa membuat kiraan semula. Keputusan sebelum ini PAS menang dengan majoriti tipis 90 undi. Sekiranya keputusan yang sama ini bermakna sekali lagi UBN kecundang dan momentum kejatuhan BN akan berterusan. Menurut laporan beberapa media dan blog pembesar-pembesar UBN telah pulang ke tempat masing-masing kerana mungkin tak sanggup menerima debaran ini. PAS dan penyokongnya tetap kukuh tidak berganjak, sanggup menerima apa saja keputusan rakyat. Bagi Pakatan Rakyat kalah sudah biasa, menang bonus dari Allah yang diterima dengan penuh syukur. Bayangkan calon PAS berdepan bukan sahaja dengan calon UMNO tetapi dengan seluruh jentera kerajaan yang dibayar gaji oleh wang keringat rakyat. Pembesar UBN bukan berkempen atas kapasiti kepimpinan UMNO tetapi atas kapasiti Menteri-menteri kerajaan Malaysia dengan janji yang melangit. Kalau UMNO menang segala-galanya akan dicurahkan kepada Manek Urai. Dengan wang siapa?, tentu sekali bila atas kapasiti Menteri, dengan duit rakyat.

Tiada ulasan: