Kawan-kawan setia

Ahad, 19 Julai 2009

Pakatan Rakyat Menang lagi

Kali ini bukan menang dalam medan undi, tetapi kemenangan moral. Dengan kemasukan mantan Menteri kesihatan BN ini akan menguatkan lagi semangat perjuangan Pakatan Rakyat terutama di negeri Johor. Sebelum ini dunia politik dikejutkan dengan kemasukan Datuk Zaid, seorang ahli politik yang bersemangat kental, hingga sanggup meletak jawatan demi mempertahankan perinsip. Cuma Datuk Zaid ada masaalah sikit dengan PAS dalam kes saman hudud beberapa tahun lalu. Semoga kes tersebut telah selesai dengan baik diperingkat kepimpinan supaya kerjasama antara komponen dalam Pakatan Rakyat terus cemerlang dan berintegriti. PAS dan kepimpinannya tidak pernah berdendam dengan sesiapa selagi mereka ikhlas bersama PAS. Setiap perubahan dialu-alukan termasuk Datuk Zaid, buang yang keruh ambil yang jernih.
Berbalik kepada Datuk Chua Jui Meng, menurut beliau sebelum ini terdapat banyak spekulasi mengenai langkah beliau seterusnya dalam politik setelah meninggalkan MCA malah meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang beliau telah sandang selama 23 tahun. Jawapannya keluar MCA, iaitu bebaskan diri dari persekitaran lama yang hampir tenggelam dengan masaalah kepada persekitaran dan perjuangan baru, untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan beliau untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang beliau tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008 namun tidak mampu direalisasikan jika beliau masih terus berada dalam persekitaran lama.

Tiada ulasan: