Kawan-kawan setia

Ahad, 19 Julai 2009

Pelaksanaan sebenar 1Malaysia

Rungutan YB Bangi telah menyedarkan kita hakikat sebenar kempen Malaysia. YB Bangi seraca terang-terangan telah dinafikan hak sebagai ADUN pilihan rakyat bila prigram penting kerajaan persekutuan dibelakang pejabat beliau, beliau tidak dijemput. Kempen yang konon namanya “mencegah vandalisme” kerajaan pusat itu sebenarnya telah melakukan satu ‘vandalisme’ kepada wakil rakyat Bangi yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Menurut blog YB Bangi, lebih memburuk lagi keadaan, bila pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperalatkan pihak berkuasa tempatan (MPKj) yang dimaklumi umum di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor. Pihak penganjur sekurang-kurangnya perlu menghormati Dr. Shafie Abu Bakar sebagai wakil rakyat kawasan tersebut samada memaklumkan kepada beliau atau menjemput sebagai tetamu. Apatah lagi program tersebut dijalankan dibelakang pejabat ADUN Bangi. Berita dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan MPKj telah diugut untuk ditarik balik peruntukkan sekiranya menjemput atau membenarkan wakilrakyat dari Pakatan Rakyat hadir ke majlis tersebut. Dr. Shafie merasa kesal dengan apa yang berlaku disebalik kempen Satu Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mula menampakkan belangnya. Pelaksanaannya....cakap tak serupa bikin

Tiada ulasan: