Kawan-kawan setia

Khamis, 30 Julai 2009

Pendedahan KOSMO

JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya, kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram dekat sini telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu. Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu. Mudah cerita, mereka mendakwa aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka. "Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati. "Kami cemburu melihat kampung-kampung bahkan kawasan felda yang kedudukannya jauh di pedalaman telah lama menikmati kemudahan asas tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tiada ulasan: