Kawan-kawan setia

Isnin, 6 Julai 2009

Rasuah beg sekolah dari UBN

Tak semena-mena, tiba-tiba anak-anak sekolah di DUN Manek Urai dapat beg sekolah. Nak kata sekolah akan dibuka, lambat lagi, cuti bulan duabelas pun lambat lagi. Jadi apa sebenarnya kalau bukan rasuah, dan memang UBN tak boleh lari dari rasuah. Definisi rasuah ialah memberi sesuatu kepada individu atau kumpulan supaya membalasnya dengan sesuatu yang lain yang lebih besar. Dalam kes ini seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat uniform dan beg sekolah secara percuma supaya ibu-bapa pelajar ini akan mengundi calon UMNO. Inilah taktik UBN sejak berzaman menjelang pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, rasuah, rasuah, rasuah. Walaupun Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan namun kenyataan tersebut hanya helah untuk menghalalkan rasuah sahaja.
Soalnya, kenapa pelajar diManek Urai...menjelang pilihanraya kecil..,bukankah ditempat lain pun ramai lagi pelajar miskin..., beri lah kepada pelajar miskin ditempat lain dulu, selepas tamat pilihanraya kecil ini, datanglah ke Manek Urai untuk memberi sumbangan yang katanya telah dirancang lebih awal..

Tiada ulasan: