Kawan-kawan setia

Khamis, 9 Julai 2009

Sahabat lama

Saya terbaca dalam Bulletin Online, dan merenung foto seseorang yang lama saya tak jumpa, mungkin menghampiri 20 tahun, tapi saya masih cam, dia sahabat saya masa sekolah menengah dahulu, kemudian beliau menyertai tentera dan diberitahu oleh kawan-kawan sebagai komando. Tiba-tiba berita terakhir yang saya baca beliau turut berkempen untuk abang Uji di Manek Urai. Di beritakan beliau seorang yang istiqomah, unik, berbakat dan tidak pernah dipamerkan oleh mana-mana pemimpin PAS peringkat bawahan. Panggilan warga Laloh sebagai Abang Mat Komando atau nama sebenarnya Mat bin Tapa, beliau juga Ketua Unit Peti Undi atau Daerah Mengundi Kampung Laloh, Manek Urai. Kerja beliau sekarang membuka kedai runcit di tepi Jalan Kuala Krai Kota Bharu lebih tepat di Pekan Laloh. Sebab beliau memang bekas komando jadi nama ‘Komando’ yang digelar orang kepadanya bukan sengaja direka-reka atau di minta olehnya supaya orang memanggilnya demikian. Beliau adalah bekas anggota 22, Komando yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka pada 10 tahun yang lalu. Kini sambil berniaga beliau aktif berdakwah dan berkempen dalam PRU ini dengan gaya yang unik dan tersendiri. Saya masih ingat masa di sekolah Menengah dahulu beliau selalu menyertai program syarahan, debat, bersajak dan lain-lain, jadi untuk bercakap depan orang ramai adalah sangat mudah bagi beliau.
TAKBIR...

1 ulasan:

al-brangi berkata...

masih segak lagi komando manik urai ini.