Kawan-kawan setia

Khamis, 30 Julai 2009

Saran teruskan solat hajat elak H1N1

Wabak selesema babi atau H1N1 semakin mengganas dan mencemaskan. Satu lagi korban dilaporkan semalam menjadikan empat kematian H1N1 dicatatkan setakat ini. Tindakan pencegahan pula menyaksikan 19 lagi institusi diarah ditutup mulai semalam.
Arahan penutupan itu turut membabitkan institusi besar dan ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim selepas empat pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1 bahkan terdapat 30 lagi pelajar institusi itu yang sudah mempunyai simptom wabak dan kini menunggu hasil ujian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menjelaskan, korban terbaru wabak itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun di Melaka. Beliau mengakui perkembangan wabak itu sudah mencapai tahap membimbangkan. Sudah sampai masanya semua sedar bahawa sesuatu yang terjadi datang dari Maha pencipta, mengapa tidak di adakan solat hajat memohon kepada Allah Taala supaya menghindari kita dari ujianNya ini. Tentunya sebelum solat hajat, pihak berkuasa kenalah koreksi kesilapan kepimpinan negara selama ini dan bertaubat memohon keampunan kepadaNya. Yang tak berapa sedapnya dalam kes tutup institusi ini ialah mengapa kuarantine dirumah?. Tidakkah jika pelajar tersebut sudah dijangkiti H1N1 tetapi masih belum ada simpton, dia akan membawa balik ke rumah dan ke tempat-tempat lain wabak tersebut?.

Tiada ulasan: