Kawan-kawan setia

Ahad, 26 Julai 2009

Selangor hebat

Sebagaimana dijangka Pasukan Selangor terus mengecewakan pesaingnya. Kali ini Pahang menjadi mangsa bila dibaham oleh pasukan Selangor dalam perebuta juara Liga Super dengan aggregate 5:1. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor.
Khabar gembira juga diumumkan MB, bilamana habuan istimewa dari kerajaan negeri bakal dinikmati pemain-pemain Merah Kuning yang akan diumumkan pada 31 Julai ini.

Kemenangan besar ke atas Pahang melengkapkan musim cemerlang skuad bimbingan K. Devan yang mengharungi 26 perlawanan dengan mencatat 20 kemenangan, tiga seri dan tiga kalah. Malah, bertambah manis lagi buat Selangor apabila kaptennya, Amri Yahyah pula diumumkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan semalam. Amri, yang masih segar dengan sejarah menjaringkan dua gol pada perlawanan dengan Manchester United minggu lalu merupakan wira Selangor dengan menjaringkan dua gol. Pahang bermula dengan mengejutkan kesebelasan kita dengan gol awal Pahang menerusi tandukan Muhammad Badrul Hisani, yang memperdayakan penjaga gol Selangor Mohd. Nasril Nourdin pada minit ke-13. Selangor bagaimanapun hanya memerlukan empat minit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti. Amri terus melebarkan kedudukan 2-1, diikuti oleh Mohd. Rosfaizul Azuar Ali pada minit ke-43. Amri sekali lagi pada minit ke-64, Safee pada minit ke-68 dan Surendran pula pada minit ke-69.

Tiada ulasan: