Kawan-kawan setia

Sabtu, 25 Julai 2009

Semua orang mesti bersedia untuk saat itu

Pengarah terkenal Yasmin Ahmad masih berada dalam keadaan koma dan kritikal. "Dia masih dalam keadaan koma dan memerlukan bantuan pernafasan. Yasmin telah dikejarkan ke hospital setelah beliau mengalami kesesakan nafas sejurus selepas membentangkan kertas kerja di Sri Pentas TV3. Keadaannya agak serius sehingga terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di bahagian otak pada jam 6 petang semalam. Menurut adik beliau Acha, 38 tahun, doktor masih menyalurkan bendalir keluar dari otaknya (drainage of fluid) untuk mengurangkan tekanan pada otaknya. "Doktor memberitahu otaknya bengkak kerana terdapat pendarahan pada satu pembuluh darah dalam otaknya sehingga menyebabkan strok," kata Acha. "Apa yang berlaku pada Yasmin adalah terlalu mendadak sama seperti Michael Jackson. Kita tidak bersedia menerima berita sebegini," katanya dengan penuh emosi. (Berita terbaru, Yasmin semakin kritikal hanya bergantung kepada mesin bantuan hayat)

1 ulasan:

al-brangi berkata...

iktibar untuk kita semua.