Kawan-kawan setia

Sabtu, 4 Julai 2009

Teka-teki jenazah MJ menghampiri penyelesaian


Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam kerana Michael mahu dikebumikan mengikut agamanya anutan barunya. Menurut Jeramine Jackson atau Muhammad Abdul Aziz iaitu abang MJ beliau telah menerangkan kepada keluarganya mengenai pentingnya pengebumian menurut Islam tersebut. Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles. Beliau telah menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki. Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Sejak dari itu MJ telah mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya. Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.

Tiada ulasan: