Kawan-kawan setia

Jumaat, 10 Julai 2009

Timbalan Presiden akan ke Manek Urai,..tunggu..

Nasharuddin turun kempen DUN Manek Urai (Sinar Harian)

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa akan hadir berkempen pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sabtu ini. Beliau berkata, ketiadaannya di Manek Urai ketika ini tiada kena mengena dengan kontroversi yang didakwa sejak hari penamaan calon, sebaliknya beliau sakit usus selama seminggu sehingga tidak selesa menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil. “Sebelum ini saya ada datang beberapa kali ke hospital untuk membuat rawatan tetapi sejak seminggu ini saya berasa sangat tidak selesa dan membuat keputusan untuk jalani pembedahan. “Saya akan berehat dalam masa dua hari ini dan akan pergi ke Manek Urai Sabtu ini. InsyaAllah saya akan memberi ceramah bergantung kepada tentatif program yang disediakan. Setakat ini saya masih tidak dimaklumkan lagi aktiviti yang akan dijalankan di sana,” katanya ketika ditemui sebaik keluar wad pembedahan di sini, hari ini.
Nasharudin selamat menjalani pembedahan usus jam 11 pagi tadi, setelah dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi hari yang sama. Sementara itu, ketika ditanya berkaitan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mencabar Pas untuk melakukan sesuatu yang lebih baik terhadap pembangunan di Kelantan, beliau berkata, Kelantan tidaklah mundur seperti yang digembar-gemburkan. “Kalau kita ukur pembangunan yang ada di Kelantan dengan keupayaan kewangan yang dimiliki, saya rasa kita boleh berbangga jauh dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak. “Kita masih teruskan hal-hal pembangunan seperti projek yang ada kaitan dengan rakyat, pembangunan secara bersifat fizikal dan pembangunan insan yang tidak pernah kita lupa kan… kita buat dalam kemampuan yang kita miliki. Kalau peruntukan yang diberi kepada kita RM50, kita gunakan ikut kesesuaian jumlah yang diberi dan kita pun tahu nak ukur pada baju sendiri,” katanya

Tiada ulasan: