Kawan-kawan setia

Selasa, 21 Julai 2009

UBN masih perasan .....

Tindakan bekas Menteri Undang-undang yang kini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zaid Ibrahim mengajak Tengku Razaleigh Hamzah menyertai pembangkang mendapat kritikan serious dari Timbalan Presiden UMNO kerana pada pendapatnya Datuk Zaid sebenarnya cuba merendah-rendahkan kewibawaan Ku Li. Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana Tengku Razaleigh bukan sembarang orang sebaliknya merupakan seorang pejuang parti Umno.
Beliau merupaka pengasas parti sejak dari dulu lagi, jadi Datuk cuba Zaid merendah-rendahkan kewibawaan politik Tengku Razaleigh dengan tindakannya itu. Menurut beliau, walaupun Ku Li tidak mempunyai apa-apa jawatan tetapi beliau masih aktif dan cergas dalam Umno.
Beliau juga melonjak tinggi Ku Li dengan mengatakan Ku Li merupakan salah satu daripada sebab Umno mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lepas apabila calon Barisan Nasional (BN) hanya kalah tipis dengan majoriti 65 undi kepada PAS.

Tiada ulasan: