Kawan-kawan setia

Rabu, 15 Julai 2009

Untuk meredakan kekecewaan

Seperti biasa bila menerima kekalahan, ayat-ayat positif mesti digunakan bagi meningkatkan semula semangat yang gugur. Hakikatnya UMNO kalah di MU walaupun menabur jutaan RM.

Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan:
"kemenangan tipis Pas membuktikan sokongan penyokong pembangkang telah mula kembali kepada BN dan rakyat mula menerima pendekatan yang diterapkan oleh BN. Dari segi majoriti, tegasnya, BN dapat mengurangkan majoriti Pas di DUN Manek Urai apabila ada sebilangan pengundi yang sebelum ini tidak menyokong BN, telah kembali menyokong BN"
Datuk Mustapa Mohamed:
Menyifatkan, keupayaan BN mengurangkan majoriti Pas kepada hanya 65 undi daripada 1,352 undi sebelum ini merupakan satu kemenangan moral kepada UMNO dan BN.
Tan Sri Muhyidin Yasin:
"keputusan itu juga menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara"

PAS yang menang tipis pula walaupun gembira tetapi masih gundah dengan banyak persoalan, apa yang terjadi? jangkanya majoriti melebihi 2000 undi, alih-alih 65 undi sahaja. Inilah bijak nya pengundi MU, antaranya yang dikesan pengundi MU memperingatkan PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak leka dan bekerja lebih keras. Kalau ditakdirkan menang dengan majoriti selesa melebihi 2000 undi dikhuatiri PAS dan Pakatan Rakyat lupa diri bila kemenangan berterusan sejak dari PRU ke 12 hingga ke MU. Jadi pengundi MU brek sikit keghairahan PAS dan PR, bukan berhenti terus, tapi brek sikit dan muhasabahlah. Kepada UBN pengundi MU bagi harapan dan nak menguji keikhlasan UBN. Janjinya melangit, maka diberi harapan sedikit, supaya membuktikan janji-janji yang diluahkan. Kalau sehingga PRU ke 13 tiada apa yang berlaku di MU maka 5000 pengundi UBN ini akan menghukum UBN seteruk-teruknya. Kini UBN akan tersepit dengan keputusan ini. Syabas pengundi Menek Urai ada bijak berpolitik.

Tiada ulasan: