Kawan-kawan setia

Selasa, 21 Julai 2009

Zamberi dah terdesak

Media hari ini memaparkan kenyataan Zamberi MB Kudeta Perak supaya ulama dalam Pas mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.
Menteri Besar Kudeta Perak berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar ulama Pas mengeluarkan fatwa mengenai tindakan Menteri Besar Perak yang dirampas kuasanya itu menyertai majlis sedemikian.
Dia sendiri mengakui dengan jujur bahawa dia bukan ulama, saja nak menyibuk komen tentang tindakan Nizar. Sebagaimana dimaklumi umum majlis meyalakan lilin bukanlah perayaan agama seperti majlis perayaan deepavalli atau thaipusam. Kalau bukan perayaan agama mengapa perlu penjelasan lagi, fatwa lagi...ini menunjukkan Zamberi dah terdesak sangat mencari isu menjatuhkan Datu Seri Mohd Nizar.

Tiada ulasan: