Kawan-kawan setia

Jumaat, 28 Ogos 2009

Datuk Ismail Salleh bukan Datuk Ismail Kamus

Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, Pakar ekonomi negara, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan pesawat Tiger Airways dari China ke Singapura awal pagi semalam. Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam pesawat menemani suaminya mendapati Datuk Dr Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya dan mendapati suaminya sudah tidak bernyawa dan bila dipegang tangannya sudah sejuk. Dianggarkan, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira pukul 2.30 pagi iaitu kira-kira 75 minit sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi di Singapura. Menurutnya, Datuk Dr Ismail, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan International University College of Technology Twintech. Jenazah Datuk Dr Ismail telah dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira pukul untuk dibedah siasat. Berita kematian Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah membuatkan masyarakat gempar bila sms menyebut Datuk Ismail kamus ADUN Gombak Setia yang meninggal. Namun setelah dibuat siasatan mendapati Datuk Ismail Kamus masih segar-bugar dan sedang menjalani ibadah umrah di makkah. Kekeliruan ini mungkin disebabkan pengambilan berita yang kabur dan kebetulan mempunyai pangkal nama yang sama. PASBANGI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof Datuk Ismail semoga keluarga Allahyarham tetap bersabar dan membanyakkan doa semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama insan-insan yang dimuliakan Allah. Takziah juga kepada Shaari Salleh, sahabat saya, adik kepada Allahyarham Datuk Dr Ismail.

1 ulasan:

Perawi berkata...

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menyifatkan hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mengancam untuk berbogel sebagai tanda protes kepada kerajaan Selangor sebagai "miskin idea dan tidak waras."

Beliau berkata, orang yang bijaksana akan memprotes dengan cara lain yang melambangkan kewarasan dan berasaskan etika.

"Ada banyak cara (untuk memprotes). Cara seperti separuh bogel atau berbogel adalah sikap yang melampau.

"Adakah telah miskin idea untuk menzahirkan protes sehingga boleh berfikir hendak berbogel?" katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Wan Mohamad berkata, kumpulan itu perlu kembali kepada kewarasan dan memikirkan kesan jangka panjang terhadap keluarga mereka jika meneruskan demonstrasi 'bogel' tersebut.

Jumaat lalu, Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.

Antara perkara yang menyebabkan kemarahan Reformis adalah tindakan kerajaan negeri menaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Reformis jika mereka masih berkeras mahu mengadakan demonstrasi 'bogel' tersebut.

Katanya, tindakan terhadap mereka boleh dikenakan di bawah peruntukan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menetapkan denda maksimum RM1,000...saya yakin PR tak perlu naikan harga..utk guling BN dlm PRU13 nanti