Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 Ogos 2009

Hari ini baju kita koyak, PRU ke 13 Pakatan UBN koyak

Prof Hamirdin memberikan ayat-ayat power sebagai penenang kepada Dr Hata, jangan takut dan risau, hari mereka berkuasa mengoyak baju kita, akan datang kita koyak UBN. Orang tua-tua kata ada ubi ada batas, ada hari boleh dibalas. Perjuangan ini akan dikenang oleh generasi akan datang. Keganasan pihak berkuasa juga akan dikutuk oleh generasi akan datang.
Malaysiakini melaporkan dalam perkembangan sehingga jam 11 malam tadi, polis Kuala Lumpur mengeluarkan angka tangkapan terbaru: 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun 40 wanita ditangkap bagi siasatan menurut Akta Polis 1967."Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar, yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun," Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dipetik berkata.

2 ulasan:

Mrkolumpo berkata...

salam..saya baru pindah ke bangi di tmn univ dekat ukm.berseorangan...jika ada apa2 aktiviti harap boleh jemput saya...masih lagi tidak berdaftar dgn pas tapi dalam hati..sumpah tak curang kat pas dan pkr

pasbangi berkata...

Selamat datang, InsyaAllah kamiakan hubungi..bagi e-mail kepada pasbbb3@gmail.com