Kawan-kawan setia

Ahad, 16 Ogos 2009

Kepimpinan baru kerajaan UBN semakin lari landasan

Selari dengan kempen menghindari Selesema babi, kempen pemusnahan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi dan demam chikungunya terdapat satu lagi kempen besar-besaran iaitu kempen "pemusnahan pengkhianat". Tanggapan pemimpin UBN bahawa bila digerakkan kempen ini ke seluruh negara ianya boleh menaikkan kembali imej BN di kalangan rakyat. Kempen pemusnahan peribadi dengan memfokus kepada DS Anwar Ibrahim seolah-olah sudah menjadi agenda negara. Betapa haru-biru kempimpinan UMNO dewasa ini. Menurut beberpa laporan dalam media cetak kempen kutukan anjuran Umno-BN tidak mendapat sambutan sebagaimana yang diharapkan dari masyarakat setempat. Bahkan, tinjauan mendapati setiap program yang diadakan lebih banyak kerusi kosong yang setia mendengar ucapan kepimpinan tertinggi seperti ketua pemuda Umno Khairy, Lokman Nor Adam dan lain-lain. Di Shah Alam, program anjuran Umno diwar-warkan akan dihadiri kira-kira 1000 orang tetapi ceramah mengutuk peribadi DS Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Pas dan DAP itu nampaknya hanya dihadiri sekitar 300 orang sahaja.
Mungkin kerana meluat, atau berasa jijik dengan kempen sebegini.
Di selatan tanahair, pemimpin kanan Umno sendiri ‘mengkhianati’ Umno dengan memulaukan perhimpunan mengutuk DS Anwar di Batu Pahat. Hanya 400 orang dari sasaran 10,000 orang yang hadir ke perhimpunan kutuk-mengutuk itu. Bahkan, ramai daripada mereka yang hadir menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.
Pencetus kepada kempen ini Timbalan Presiden Umno sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram itu. Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu. Hadirin juga terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada kain pemidang-pemidang yang direntangkan.
Di Kuala Terengganu, orang ramai yang lalu lalang dihadapan bangunan UMNO berhampiran Jalan Batas Baru, tidak pun peduli kepada sebuah kanopi yang dipasang ditepi jalan itu. Apatah lagi mahu ambil pusing, melihat ‘banner’ yang direntangkan pada kanopi itu atau mahu melihat apa yang berlaku dibawah kanopi. Kelmarin, tinjauan Buletin Online mendapati hanya 3 orang sahaja yang ‘duduk’ bersembunyi dalam kanopi itu, tidak ada kempen, tidak ada risalah yang diedarkan kepada orang ramai.

Tiada ulasan: