Kawan-kawan setia

Sabtu, 8 Ogos 2009

Selesema babi semakin mengancam, perlu tindakan lebih serious

Jumlah kematian akibat influenza A(H1N1) meningkat lagi dengan seorang lelaki berusia 40 disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam merekodkan kematian ke 15 setakat pagi tadi di Malaysia. PM Najib telah mengisytiharkan wabak A(H1N1) sebagai ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam. Beliau menasihatkan semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran peningkatan pantas angka kematian akibat H1N1 ini. Dalam pada itu, kenyataan Kementerian Kesihatan menjelaskan, kes kematian ke-15 melibatkan lelaki obes berumur 40 tahun. Dia yang dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2009 kerana mengalami sesak nafas dan telah meninggal dunia kelmarin kerana Acute Coronary Syndrome with Cardiogenic Shock. Mangsa mengalami demam dan batuk sejak 28 Julai lalu dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 31 Julai lalu dan hospital swasta pada 2 Ogos sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.Pesakit itu disahkan positif influenza A(H1N1) semalam iaitu sehari selepas kematian, kata kenyataan itu lagi.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia:
Terkini 1,525 kes dengan jumlah kematian 15 orang.
574 (38 peratus) kes import
951 (62 peratus) kes jangkitan tempatan.
1,434 kes (94 peratus) telah sembuh.
masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 14 orang (5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post-delivery (1) dan bayi (2))
Seramai 44 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi
33 orang menerima rawatan pesakit luar.

Tiada ulasan: