Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 Ogos 2009

Tetap istiqomah walaupun menempuh berbagai halangan

(Foto MStar)
KL hari ini dibanjiri oleh pejuang anti ISA yang datang untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI. Mereka berdepan dengan anggota polis yang mendapat arahan melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan mereka di kompleks membeli belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Sebelum itu sejak awal pagi pihak polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara. Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Dipercayai hampir 200 orang ditahan. Mengulas sambutan perhimpunan hari ini, pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh menanggarkan 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibunegara. Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Tiada ulasan: