Kawan-kawan setia

Rabu, 12 Ogos 2009

Tuntutan kerja lebih utama?

APABILA menatap wajah terbaru penghibur tersohor negara, Datuk Sheila Majid yang manis bertudung ini, pasti ramai yang mengandaikan Sheila kini sedang melalui fasa baru dalam hidupnya. Apatah lagi, setelah pulang dari menunaikan fardu haji awal tahun ini ramai yang mahu melihat Sheila tampil dengan imej sebegini.
Namun, tuan punya diri dengan penuh hemah dan diplomasi sambil tersenyum manis memberitahu, penampilannya itu bukanlah bermakna dia kini sudah berubah.
Sebaliknya, kata Sheila, penampilannya bertudung dan berjubah itu adalah untuk memenuhi konsep rancangan 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan terbitan saluran Astro Oasis (saluran 106, Astro) sempena Aidilfitri. Tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, kata Sheila, dia enggan memuaskan hati masyarakat dengan tampil bertudung dan berimej muslimah seandainya hatinya belum terbuka berbuat demikian.
Malah, dia sendiri sudah berkali-kali memberikan penjelasan tentang perkara tersebut (isu penampilan) baik sebelum mahupun selepas pulang daripada mengerjakan haji.
"Isu bertudung dan pemakaian semuanya perlu datang dari hati yang ikhlas dan tulus. Saya tidak mahu melakukannya semata-mata untuk memuaskan hati pihak yang mahu saya berbuat demikian hanya kerana saya sudah menunaikan haji.
"Malah, saya juga tidak mahu menetapkan masa bilakah saya akan bertudung kerana itu semua urusan Allah SWT. Siapa tahu kalau dalam waktu terdekat ini, hati saya dibuka olehNya untuk bertudung, saya pasti akan memakainya," jelasnya yang cukup manis berpakaian serba putih rekaan butik Hajabah. (Ekstrak UM)

Tiada ulasan: