Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 Ogos 2009

UMNO Boleh

Cuba bayangkan, kalau orang-orang ini berada di atas pentas, agak-agak mereka bercerita pasal apa?. Pasal pembangunan minda?, pasal halatuju mahasiswa?, pasal kesukaran mendapatkan pekerjaan selepas grad?, pasal kelesuan mahasiswa menghadapi era mencabar?, atau pasal kelesuan politik UBN?. Dengar cerita penganjuran forum anjuran UBN Serdang ini di UKM mendapat bantahan pelajarnya kerana didakwa cuba melibatkan pelajar (mungkin Pro Aspirasi kot?) dalam aktiviti politik kepartian. Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang mendakwa forum yang berjudul "Mengangkat Martabat Bangsa" ini adalah bersifat politik UBN. Wakil GMUKM berkata, adalah tidak sesuai penggunaan "dewan yang mulia", Dewan Canselor Tun Abdul Razak oleh mana-mana pertubuhan politik. Dalam banner dipasang seluruh Bangi menyaksikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Canselor Uniterveriti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Samah akan menyampaikan syarahan mereka.

Tiada ulasan: