Kawan-kawan setia

Sabtu, 8 Ogos 2009

Usaha memerangi penjualan arak terbuka dikawasan umat Islam

Semalam 7 Ogos dilaporkan Kerajaan Negeri Selangor meminta para peniaga kedai serbanika yang beroperasi 24 jam di negeri itu agar mengawal jualan minuman keras di kedai mereka dari menjualnya kepada orang Islam. Menteri Besar Selangor menegaskan garis panduan penuh akan dikeluarkan dalam masa sebulan oleh kerajaan negeri. Isu penjualan arak terhadap orang Islam di kedai 24 jam/7-Eleven menjadi isu kerana diyakini ia menjadi punca remaja dan golongan lain mengambil kesempatan membelinya di waktu lewat malam.
Ia menimbulkan gejala sosial di kalangan penduduk taman perumahan kerana mereka membeli dan meminum minuman keras ini di waktu malam. Penduduk Bandar Baru Bangi yang diketuai wakil rakyat mereka, YB Dr Shafie, sebelum ini pernah membuat kempen meminta penduduk memboikot kedai serbanika 24 jam, 7-Eleven kerana menjual minuman keras di kawasan penduduk majoriti Islam.Ekoran itu, kedai itu tidak lagi menjual minuman keras di situ kerana tidak mahu diboikot oleh penduduk. Namun di kawasan lain, ia terus berlaku bahkan memaparkan kempen dan promosi minuman keras di kedai-kedai kereka. Ini telah menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan umat Islam dan ekoran itu PAS di tekan kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan mereka adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor. (ekstrak Siasahdaily)

Tiada ulasan: